Isnin, 20 Disember 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH 2010

Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah 2010 telah diadakan dengan jayanya pada 29 Oktober 2010 bertempat di Kantin Sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nik Asri Bin Ahmad Ali dan taklimat ringkas mengenai program yang bakal dilaksanakan.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Guru Besar, Haji Ahmad Suhairun Bin Bahrudin diikuti dengan aktiviti Treasure Hunt. Majlis disemarakkan lagi dengan pertandingan Bahasa Isyarat dan persembahan daripada murid-murid.

Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah dan agihan KFC kepada semua murid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.