Memaparkan catatan dengan label Berita SKB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita SKB. Papar semua catatan

Isnin, 9 November 2009

Pertukaran Guru Besar

Guru Besar SK Behrang Encik Haneefa bin Sharanee akan bertukar keluar ke SK Slim River



Pihak sekolah merakamkan berbanyak terima kasih di atas jasa dan bakti yang telah ditaburkan di sekolah ini. Semoga lebih cemerlang di sekolah baru.

SK Behrang juga akan menerima masuk guru besar baru dari SK Methodist, Tanjong Malim, Haji Ahmad Suhairun bin Baharudin .

Jumaat, 2 Oktober 2009

Jamuan Aidilfitri 2009


Apa yang kelakar sangat tu Abang Lan?


"Untuk membancuh air ni tuan-puan, kita mulakan dengan 'Bismillah'" agaknya itulah kata hatinya.


Walau apa juga tugas, kakitangan SKB tetap ceria.


Bertambah-tambah jugalah jika Tuan Guru Besar di tepi.


Uuuih, banyaknye kuih...


Murid perempuan dengan aneka ragam baju raya.


Murid-murid orang Asli pun tidak ketinggalan.


Model iklan satay hangus sedang melintas. "alamak rosak gambar ni..."


Mak Aih, macam mak datin le, Kalau ada pertandingan murid paling glamour berpakaian, mungkin Nicah terpilih.


Ucapan Guru Besar pemula ucapan.


Ceramah turut diadakan sebagai pengisian majlis.


Muhammad Faris Irfan anak kepada Cikgu Haneefa turut memberi persembahan.


Terpesona ke dik dengan persembahan tu?


Ain Syuhaidah dan Zulhelmi mewakili Tahun 4 Arif


Bersemangatnya adik seorang ni...


Wafiqah mewakil dari Tahun 6


Persembahan zikir dari murid-murid Tahun 6


Mudah-mudah mereka menjadi insan yang taat kepada agama...


Ini dia buah hati Pemulihan Khas


Hadiah juga turut disediakan untuk persembahan yang dibuat.










Suasana menjamu selera memang meriah



Ahad, 9 Ogos 2009

Bengkel Menjawab Soalan UPSR

8 Ogos 2009 (Sabtu) - Pihak Hal Ehwal Murid SK Behrang telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR bertempat di sekolah ini. Program berlangsung selama sehari. Kem disertai oleh semua murid dari tahun 4 hingga tahun 6 di sekolah ini.

Program yang diadakan setiap tahun ini bertujuan untuk memberikan teknik menjawab kertas soalan UPSR untuk semua mata pelajaran teras UPSR kepada semua murid tahap 2 sekolahini.

Penceramah di dalam program tersebut telah dijemput dari kalangan guru-guru pakar di Daerah Batang Padang dan kawasan sekitarnya.

Semoga dengan adanya program seperti ini, murid akan dapat menjawab soalan peperiksaan dalaman dan UPSR dengan teknik yang betul. Semoga semua murid SKB terus cemerlang.

Sabtu, 11 Julai 2009

Bestari Solat Siri 1 Tahun 2009

10 Julai 2009 - Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kem Bestari Solat untuk murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2.

Kem yang berlangsung selama dua hari iaitu 10 Julai 2009 dan 11 Julai 2009. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pemantapan jiwa murid berkaitan solat.


Tekunnya adik ini membaca


Apa yang penting? Kerjasama...


Turut memberi bantuan


Seronoknya mereka ni. Agaknya dah berjaya menghafal semua bacaan kot.


Lebih guru dari murid ni?


Ustaz Kamal membuat pengujian bacaan murid


Cikgu Siti Zainah berusaha memantapkan ingatan murid


Pantang nampak kemera, semuanya ceria


Pelbagai ragam yang berlaku.

Khamis, 2 Julai 2009

Pertemuan PK 1 bersama Pekerja

1 Julai 2009 (Rabu) - Satu perjumpaan ringkas telah diadakan di antara Penolong Kanan Pentadbiran bersama semua pekerja di SK Behrang.

Program tersebut telah diadakan bermula jam 10.00 pagi hingga jam 11.00 pagi.

Pertemuan adalah bertujuan untuk menyelaraskan tugas untuk setiap pekerja sekolah ini.


Encik Abdul Jalil menerangkan beberapa prosedur tugas.


ENcik Mokhtar dan Encik Ramlan memberikan tumpuan dalam perjumpaan


Spelling Day Competition

1 Julai 2009 (Rabu) Panitia Bahasa Inggeris di Unit Kurikulum SK Behrang telah mengadakan "Spelling Day Competition".

Program yang dijalankan serentak diseluruh negeri Perak. Program ini merupakan program dari program induk yang dijalankan iaitu "Perak Spelling Day" bertujuan untuk menguji kemampuan ejaan murid di dalam Bahasa Inggeris serta mencari murid yang layak untuk pertandingan peringkat seterusnya.




"Kami yakin cikgu!"


Perbincangan sebelum dijalankan sesi ejaan


Bersedia dengan kertas masing-masing


Cikgu Rohaiza memberikan sebutan perkataan dengan jelas


"Susah ni..." berkerut dahi Izzatie


Eja jangan tak eja


Pemeriksaan kertas sedang dijalankan

Selasa, 30 Jun 2009

Mesyuarat Kurikulum Ke 2/2009

Bahagian Kurikulum SK Behrang telah bermesyuarat pada 29 Jun 2009. Mesyuarat tersebut telah dimulakan pada pukul 1.00 petang.



Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar Encik Haneefa bin Sharanee telah membincangkan beberapa perkara. Antara perkara yang dibentangkan di dalam mesyuarat ialah berkaitan ucapan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Perak yang telah disampaikan di dalam pertemuan tuan pengarah bersama pentadbir sekolah seluruh Daerah Batang Padang.



Selain itu, beberapa pembentangan berkaitan prestasi mata pelajaran telah diadakan. Antara mata pelajaran yang terlibat di dalam pembentangan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam. Pembentangan telah dibuat oleh Ketua Panitia dan wakil dari panitia.

Mesyuarat berakhir pada pukul 2.45 petang.


Rabu, 17 Jun 2009

Program "Mari Minum Milo"

Syarikat Nestle Shah Alam telah bermurah hati dengan mengadakan program minum Milo di sekolah ini.

Kedatangan lebih kurang pukul 9.00 pagi tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari murid sekolah ini.

Program dari Nestle Shah Alam ini telah diwakili oleh Encik Ahmad Nizam dan Encik Hasrul Nizam.

Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kunjungan yang telah dibuat. Semoga berjumpa lagi.


Murid sabar menanti persiapan minuman.


Encik Hasrul Nizam sedang membancuh minuman.


Encik Ahmad Nizam mengedarkan minuman kepada murid-murid. "Terima kasih bang" turut kedengaran.


Kemana nak bawa milo tu?


"Ini cawan ke empat!!!" Ustaz Kamal serius menangani Milo, Cikgu Noraidil gembiranya...


"Saya nak sejag aje boleh..."


Aii, ambil milo pun nak tutup muka, malu ke?


Video 1
(Jika paparan lambat dimulakan, sila klik pada menu Galeri SKB dan pilih "SKB Channel" atau Klik Sini)




Video 1
(Jika paparan lambat dimulakan, sila klik pada menu Galeri SKB dan pilih "SKB Channel" atau Klik Sini)