Ahad, 9 Ogos 2009

Bengkel Menjawab Soalan UPSR

8 Ogos 2009 (Sabtu) - Pihak Hal Ehwal Murid SK Behrang telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR bertempat di sekolah ini. Program berlangsung selama sehari. Kem disertai oleh semua murid dari tahun 4 hingga tahun 6 di sekolah ini.

Program yang diadakan setiap tahun ini bertujuan untuk memberikan teknik menjawab kertas soalan UPSR untuk semua mata pelajaran teras UPSR kepada semua murid tahap 2 sekolahini.

Penceramah di dalam program tersebut telah dijemput dari kalangan guru-guru pakar di Daerah Batang Padang dan kawasan sekitarnya.

Semoga dengan adanya program seperti ini, murid akan dapat menjawab soalan peperiksaan dalaman dan UPSR dengan teknik yang betul. Semoga semua murid SKB terus cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.