Selasa, 30 Jun 2009

Mesyuarat Kurikulum Ke 2/2009

Bahagian Kurikulum SK Behrang telah bermesyuarat pada 29 Jun 2009. Mesyuarat tersebut telah dimulakan pada pukul 1.00 petang.



Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar Encik Haneefa bin Sharanee telah membincangkan beberapa perkara. Antara perkara yang dibentangkan di dalam mesyuarat ialah berkaitan ucapan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Perak yang telah disampaikan di dalam pertemuan tuan pengarah bersama pentadbir sekolah seluruh Daerah Batang Padang.



Selain itu, beberapa pembentangan berkaitan prestasi mata pelajaran telah diadakan. Antara mata pelajaran yang terlibat di dalam pembentangan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam. Pembentangan telah dibuat oleh Ketua Panitia dan wakil dari panitia.

Mesyuarat berakhir pada pukul 2.45 petang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.