Isnin, 20 Disember 2010

KEM BESTARI SOLAT KALI KE-2

Kem Bestari Solat Kali Ke-2 2010 telah diadakan dengan jayanya pada 01 & 02 Oktober 2010 bertempat di Surau SK Behrang. Kem bermula dengan pendaftaran para peserta dan pembahagian peserta kepada kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan.

Kem dimulakan dengan Latihan Dalam Kumpulan 1 (LDK 1) yang diisi dengan latihan Lafaz niat solat-solat fardhu berserta pengertian, Lafaz bacaan pendek dalam solat seperti Takbiratul Ihram, Ruku’, Iktidal, Sujud dan Duduk Antara Dua Sujud.

Kem diteruskan pada hari kedua dengan LDK 2 iaitu latihan Bacaan Doa Iftitah dan Tahiyyat Awal. Kem diakhiri dengan LDK 3 iaitu latihan Lafaz Tahiyyat Akhir dan Doa Qunut.

Kem ditutup dengan jamuan makan tengah hari dan solat Zohor secara berjemaah. Semoga dengan terlaksananya kem sebegini dapat memperbaiki bacaan-bacaan dalam solat para peserta serta menjadikan solat mereka lebih sempurna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.