Isnin, 20 Disember 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada 01 Oktober 2010 bertempat di kantin SK Behrang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, tahlil dan bacaan Asma’ul Husna yang dipimpin oleh Ustaz Nik Asri Bin Ahmad Ali.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid diikuti dengan ucapan daripada Guru Besar. Guru-guru dan murid-murid juga turut mendengar Tazkirah Syawal daripada penceramah jemputan, Ustaz Salahuddin Bin Kamaruddin.

Selepas mendengar tazkirah, guru-guru dan murid-murid menikmati juadah raya yang disediakan. Persembahan daripada murid-murid menyerikan lagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Guru-guru dan murid-murid juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Guru Besar.

Majlis diakhiri dengan pertandingan Pakaian Raya Tercantik untuk murid Tahap 1 dan Tahap 2. Semoga majlis sebegini diteruskan setiap tahun bagi meraikan perayaan yang penuh bermakna bagi diri seluruh umat Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.