HARI PELANCARAN BULAN MEMBACA

Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup, ada kekuasaan ilmu. Ilmu diperolehi dengan membaca. Oleh itu, Pusat Sumber SK Behrang menganjurkan Hari Pelancaran Bulan Membaca 1 Malaysia 2010 bertemakan “Bangsa Membaca Bangsa Berjaya”.

Program diadakan bertujuan untuk memupuk minat suka membaca dalam kalangan pelajar SK Behrang. Selain itu, program juga diadakan bagi mengasah bakat murid-murid dalam bidang penulisan dan kesenian di samping dapat mengisi masa lapang para pelajar selepas peperiksaan dengan aktiviti yang berfaedah.

Program yang dilaksanakan selama seminggu ini dimulakan dengan acara membuat penanda buku, pertandingan bercerita Bahasa Melayu, 9 Minutes Reading Story Telling, Pertandingan Tulisan Jawi Tahap 1 dan Sketsa Lagu Tahap 2. Program diteruskan dengan Pertandingan Hafazan dan diakhiri dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang.

Semoga dengan adanya program sebegini dapat menitipkan rasa cinta para pelajar terhadap ilmu sekaligus dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berdaya saing.
Next previous home

SKB Terkini

 
© Copyright by Sekolah Kebangsaan Behrang  |  Template by Blogspot tutorial

BlogMalaysia.com