Isnin, 20 Disember 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2010

Majlis Khatam Al-Quran 2010 dilaksanakan bagi meraikan seramai 13 orang murid dari Tahun Tiga hingga Tahun Enam yang telah menamatkan bacaan 30 juzuk surah di dalam Al-Quran.

Majlis dirasmikan oleh Guru Besar, Tuan Haji Ahmad Suhairun Bin Baharudin manakala bacaan Al-Quran dipimpin oleh Ustaz Nik Asri Bin Ahmad Ali.

Majlis diakhiri dengan pemberian saguhati dan bunga telur kepada murid-murid yang telah khatam al-Quran. Majlis sebegini wajar dilaksanakan setiap tahun bagi meraikan murid-murid yang telah khatam al-Quran di samping dapat memberi galakan kepada murid-murid yang lain untuk khatam al-Quran pada usia awal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.