Isnin, 20 Disember 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI GRADUASI PRASEKOLAH TAHUN 2010

Kanak-kanak perlu dididik daripada usia awal supaya menjadi insan berguna apabila dewasa kelak. Oleh itu, Majlis Sambutan Hari Graduasi Prasekolah Tahun 2010 diadakan bagi menghargai kanak-kanak yang berusia antara lima dan enam tahun yang telah menamatkan pelajaran di prasekolah.

Majlis dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa diikuti oleh bacaan doa oleh Ustaz Kamal Bin Mohd Tahir. Majlis diteruskan dengan ucapan pengerusi majlis diikuti dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar.

Majlis disemarakkan dengan permainan oleh ibu bapa dan anak iaitu Anak Mumia, Ikatan kasih dan Masam Masam Manis. Majlis diteruskan dengan permainan murid iaitu talian hayat.

Majlis diserikan dengan persembahan oleh murid-murid prasekolah. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta yang berjaya. Sebelum bersurai, ibu bapa menandatangani rekod kemajuan anak-anak mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.