Isnin, 20 Disember 2010

MAJLIS PERSARAAN EN. ISMAIL & PN. AMINAH

Majlis Persaraan En. Ismail Bin Johari selaku Penolong Kanan Kokurikulum dan Puan Aminah Binti Adnan selaku Pembantu Am Pejabat telah diadakan pada 16 November 2010 bertempat di Dewan SK Behrang. Majlis diadakan bagi meraikan persaraan En. Ismail dan Puan Aminah yang telah berkhidmat di SK Behrang.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Ustaz Nik Asri Bin Ahmad Ali diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG dan Guru Besar SK Behrang, Tuan Haji Ahmad Suhairun Bin Baharudin. Majlis disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang, Tuan Haji Mat Noh Bin Supaat.

Majlis diteruskan dengan tayangan slide dan ucapan daripada En. Ismail dan Puan Aminah. Majlis turut diserikan dengan persembahan pemuzik jemputan, En. Azri. Murid-murid dan guru-guru juga tidak ketinggalan untuk membuat persembahan bagi meraikan dan mengingati jasa dan pengorbanan En. Ismail dan Puan Aminah selama berkhidmat di SK Behrang.

Acara kemuncak adalah penyampaian hadiah daripada wakil murid, wakil PIBG dan wakil daripada Kelab Jemaah. Majlis diakhiri dengan perarakan menghantar pulang En. Ismail dan Puan Aminah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.