Selasa, 8 Jun 2010

Hari Guru 2010

Sejarah telah membuktikan bahawa jatuh bangunnya sesuatu bangsa itu bergantung kepada kualiti pendidikan umat tersebut. Jika mundurnya pendidikan umat tersebut maka mundurlah bangsa itu. Sebaliknya jika maju pendidikan umat tersebut, maka majulah bangsa tersebut.

Ianya bertitik tolak dari didikan guru-guru yang mencorakkan bangsa tersebut. Oleh itu, tanggal 16 Mei setiap tahun diabadikan sebagai hari untuk meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru yang berusaha bersungguh-sunguh untuk mendidik anak bangsa supaya terus berjaya.

Guru-guru di Sekolah Kebangsaan Behrang juga tidak ketinggalan dalam meraikan hari yang penuh bermakna buat diri mereka ini. Pelbagai aktiviti dilaksanakan sempena sambutan hari guru ini.

Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah pertandingan sukan antara guru-guru dan murid-murid, persembahan dari guru dan murid, dan juga pemberian hadiah dari murid kepada guru-guru yang disanjungi.

Semoga aktiviti sebegini akan berterusan setiap tahun bagi menghargai jasa guru-guru di samping dapat mengeratkan perhubungan di antara guru dan murid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.