Hari Anugerah Gemilang Akademik Sekolah Kebangsaan Behrang telah diadakan dengan jayanya pada 25 Mac yang lalu. Seramai lebih dari 100 ibu bapa menghadiri majlis tersebut untuk meraikan kejayaan anak-anak mereka. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, Tn. Hj. Ahmad Suhairun bin Baharudin dan dirasmikan oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Tanjung Malim, En. Shazmy bin Kuchairi.
Pada Majlis tersebut, seramai lebih dari 100 orang penerima hadiah dalam pelbagai kategori seperti Anugerah Kecemerlangan Akademik, Anugerah Peningkatan Terbaik, Anugerah Peningkatan JHEOA, Anugerah Kelas Pemulihan, Anugerah Galakan Pendidikan Khas, Anugerah Galakan Protim, Anugerah Nilam dan Anugerah Kehadiran Penuh. Majlis juga turut menganugerahkan Anugerah Pelajar Cemerlang kepada Nur Syafiqah Athirah bt Shahrani yang berjaya memperolehi pencapaian 5A dalam peperiksaan UPSR tahun lalu.
Turut diadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 26 yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua PIBG, Mohd Razali bin Mohd Rafaie. Pelbagai isu dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut seperti menukarkan nama sekolah bagi mengelak kekeliruan dan mengasingkan Hari Anugerah dengan Mesyuarat Agung PIBG. Melalui majlis sebegini ianya dapat mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dan guru-guru sekaligus dapat mencungkil permasalahan yang dihadapi oleh mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.