Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 05 Mac 2010 bertempat di Sekolah Kebangsaan Behrang. Majlis anjuran Panitia Pendidikan Islam ini telah dihadiri oleh hampir kesemua guru-guru dan murid-murid SK Behrang.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis, dan bacaan Doa oleh Ustaz Nik Asri bin Ahmad Ali. Majlis diteruskan dengan perarakan sambil diiringi bacaan selawat yang dipimpin oleh Ustaz Kamal bin Tahir.
Majlis diteruskan dengan bacaan Yasin dan ceramah Maulidur Rasul oleh Penceramah Jemputan, Ustaz Ismail.
Turut diadakan pertandingan selawat dan mewarna khat bagi murid-murid Tahap 1 dan juga pertandingan menulis karangan dan menulis khat bagi murid-murid Tahap 2. Majlis diakhiri dengan pengagihan bubur kepada guru-guru dan murid-murid SK Behrang.
Majlis sebegini penting bagi menggalakkan guru-guru dan murid-murid dalam menghayati sirah dan perjuangan nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.