Sukan Tahunan SK Behrang telah berlangsung dengan jayanya. Perasmian acara sukan tahunan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Proton Tanjung Malim, Tn Hj Ahmad Syukri Hamidi Bin Abdul Hamid.
Pelbagai acara telah dipertandingkan dalam sukan tahunan ini. Antaranya termasuklah acara lompat tinggi, larian, dan lontar peluru. Turut diadakan acara rebut gula-gula bagi kanak-kanak, masukkan benang ke dalam jarum bagi kaum ibu, dan juga larian 400 meter bagi belia dan beliawanis.
Acara kemuncak adalah acara tarik tali bagi kaum lelaki. Diharapkan acara sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi melahirkan jaguh sukan di kalangan warga SK Behrang disamping dapat merapatkan silaturrahim di antara guru, murid dan juga ibu bapa penjaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.