Isnin, 26 Julai 2010

SAMBUTAN HARI ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH 2010

Kesedaran tentang bahayanya dadah masih lagi kurang terutama dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, Sambutan Hari Antidadah Peringkat Sekolah Sekolah telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Behrang (SK Behrang) bermula 01 Mac 2010 hingga 25 Jun 2010. Sambutan Hari Antidadah ini penting dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang kesan buruk penyalahgunaan dadah sejak dari awal lagi.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Antidadah ini. Antaranya termasuklah pertandingan mewarna, menulis karangan dan melukis poster menggunakan komputer. Selain itu, turut diadakan pameran dan ceramah antidadah oleh Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Batang Padang, En. Mohd Faizal Shuhada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.