27 Mei 2009 - Pihak pemantau dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengadakan satu pemantauan di Sekolah Kebangsaan Behrang
Pemantauan adalah dijalankan bagi membuat penyelidikan terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris Tahun 1 untuk Kurikulum Tranformasi iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang sekarang masih di dalam peringkat rintis.
Program rintis KSSR untuk bahasa Inggeris telah dimulakan pada bulan Februari 2009. SK Behrang te;ah dipilih sebagai projek rintis untuk sekolah luar bandar. Guru yang terlibat di dalam projek ini ialah Puan Wan Rodiah binti Abd. Rahman yang merupakan guru bahasa Inggeris Tahun 1.
Di dalam pemantauan tersebut, seramai tiga orang pemantau yang terdiri dari pegawai di Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK), KPM. Mereka terdiri dari Ketua Bidang Bahasa dan Kesusasteraan BPK Dr. Lee Boon Hua, Ketua Unit Bahasa Inggeris & Kesusasteraan Inggeris BPK Dr. Mohamed Abu Bakar dan Encik Rabindra Dev Prasad.
Berdasarkan kepada pemantauan yang telah dilakukan, ketiga-tiga pegawai dari BPK berpuas hati terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Kelihatan Encik Rabindra, Dr. Lee Boon Hua, dan Dr. Mohamed tersenyum melihat keletah murid-murid tahun 1 SKB

Cikgu Wan Rodiah sedang bersungguh-sungguh menyampaikan pengajaran. Dr. Mohamed turut memerhati respon pelajar.

Cikgu Wan Rodiah melakukan tunjukcara.

Seronoknya mereka beraktiviti

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.