Jumaat, 29 Mei 2009

Cuti Pertengahan Tahun Bermula

29 Mei 2009 - Bermula esok bersamaan 30 Mei 2009 bermulanya cuti pertengahan tahun bagi tahun 2009. Semua murid akan bercuti dari esok sehingga 14 Jun 2009.

Bersempena dengan cuti tersebut, pihak pentadbiran dan guru-guru sekolah ini telah menyediakan program-program yang berkaitan dengan guru-guru dan murid-murid.

Pihak pentadbiran sekolah telah menyediakan jadual bertugas guru-guru sepanjang cuti tersebut. Di bawah ini merupakan jadual giliran tugas yang dikhaskan untuk musim cuti persekolahan kali ini.

Penyediaan jadual berkenaan adalah bertujuan untuk memastikan sekolah sentiasa di dalam pengawasan guru sepanjang cuti berkenaan.

Giliran Tugas Guru Musim Cuti Pertengahan Tahun 2009 Giliran Tugas Guru Musim Cuti Pertengah Tahun 2009 Admin Laman


Manakala, guru-guru dan AJK yang terlibat dengan Kelas Tambahan Musim Cuti Sekolah, Skim Bantuan Tuisyen dan Program Didik telah menyediakan program untuk mengisi keluangan masa murid sempena musim cuti sekolah ini.

Kelas Tambahan-SBT-Didik Dalam Cuti Pertengahan Tahun 2009


Pihak laman blog mengucapkan "Selamat Bercuti" kepada semua murid-murid sekolah ini dengan pesanan "Jangan lupa mengulangkaji pelajaran semasa cuti tersebut. Kepada guru-guru yang perlu pulang ke kampung untuk bercuti dengan keluarga "Selamat Bercuti, berhati-hati dalam perjalanan pergi dan balik, semoga berjumpa lagi".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.