Selasa, 26 Mei 2009

Lawatan PKG Tanjong Malim Ke SK Behrang

26 Mei 2009 - Pihak SK Behrang telah menerima kunjungan pihak Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tanjong Malim.

PKG Tannjong Malim telah diwakili oleh Pegawai Teknologi Pendidikan Encik Hamzan bin Abd Aziz.

Di dalam kunjungan tersebut, pihak PKG Tanjong Malim telah membuat tinjauan dan membuat pemantauan berkaitan perpustakaan sekolah dan makmal komputer sekolah.

Di samping itu, pihak PKG Tanjong Malim juga turut memberikan sedikit bimbingan serta nasihat untuk memantapkan pengurusan perpustakaan dan makmal komputer sekolah.

Namun begitu, pihak blog tidak sempat bersama di dalam lawatan tersebut.

Host unlimited photos at slide.com for FREE!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.