Rabu, 6 Mei 2009

Mesyuarat JK PIBG SK Behrang

6 Mei - Jawatankuasa PIBG SK Behrang telah mengadakan mesyuarat pada pukul 3.00 petang ini. Bagi pihak Guru Besar telah diwakili oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Haji Saaidin bin Ardi.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusi oleh YDP PIBG 2009-2011 iaitu Encik Mohd. Razali bin Mohd. Rafaie. Di dalam ucapan selaku wakil GB, PK HEM, telah menyentuhi beberapa perkara iaitu berkaitan kecemerlangan sekolah, program-program sekolah dan hubungan JK PIBG dan sekolah serta masyarakat.

Mesyuarat juga telah meluluskan peruntukan kewangan untuk Kem Bina Insan yang akan diadakan bermula hari Jumaat ini.

Beberapa program yang akan diadakan juga turut dirancang. Program melibatkan masyarakat setempat, pihak sekolah dan Kelab JEMAAH. Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 5.20 petang.

Tuan Haji Saaidin (PK HEM), Encik Mohd. Razali (YDP) dan Encik Abd. Latif (NYDP)

Barisan jawatankuasa guru yang hadir.

Encik Aminudin dan Puan Rozitah yang komited dengan tugas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.