Jumaat, 8 Mei 2009

Kem Bina Insan 2009


Kem Bina Insan peringkat Sekolah Kebangsaan Behrang telah dijalankan. Kem Bina Insan tersebut telah diadakan selama 2 hari, bermula 8 hingga 9 Mei 2009. Pelbagai pengisian telah disediakan, bermula dengan taklimat seterusnya "ice breaking" telah dikendalikan oleh guru-guru di sekolah ini.


Guru-guru mengadakan perbincangan setiap kali sebelum dan selepas aktiviti dijalankan


Tuan Haji Saidin memberi sedikit taklimat awal


Tekunnya mendengar atau mengelamun?


Cikgu Nurashida dan Cikgu Rohaiza sedang mengendalikan sesi "ice breaking"


Kumpulan pertama memulakan aktiviti


Persembahan lakunan ke ni?


Pada sebelah malamnya, sesi motivasi pertama dijalankan yang dikendalikan oleh Cikgu Nadzari dan Cikgu Shuhaili serta dengan kerjasama guru-guru lainnya. Sesi motivasi yang sangat menyentuhi perasaan ini dijangka dapat meningkatkan kasih sayang murid kepada ilmu dan ibu bapa.



Turut diadakan sambutan hari jadi lima orang murid, yang hari kelahirannya jatuh pada akhir bulan April dan dalam bulan Mei.


Semua murid sedang melayani hati masing-masing


Benarkah apa yang kamu rasakan ini?


Kek, mengapa ada kek ni?


Kejutan dan Sambutan Hari Jadi


Kita makan dulu...


Para guru juga turut dihidangkan dengan juadah yang menarik sebagai menghargai pengorbanan mereka untuk menjayakan program Kem Bina Insan ini. 4 ekor ayam telah dijadikan hidangan BBQ untuk para guru yang disediakan oleh Tuan Haji Saaidin dan turut memberi kerjasama ialah YDP, NYDP, AJK PIBG serta dari beberapa ahli keluarga guru SK Behrang.


Cikgu-cikgu makan pulak.


Bila dah kenyang, badan tak boleh nak tegak


YDP dan NYDP PIBG serta En. Man sedang menyediakan ayam panggang


Aktiviti malam yang berlangsungnya majlis Qiamulail juga turut diadakan. Namun, tiada sebarang rakaman dibuat kerana sebab-sebab tertentu.

Pada sebelah paginya, kumpulan senaman poco-poco telah dijemput untuk membimbing murid bersenamrobik. Kegembiraan jelas terpandang, biarpun terpaksa berjaga awal pada hari tersebut.


Mengapa terkepak-kepak ni?


Siapa gadis-gadis berbaju hitam ni?


Patutlah ada "Poco Poco Gang Club" la pulak


Tuan Haji Hanafi turut dijemput di dalam menyerikan lagi majlis. Beliau juga turut memberikan motivasi kepada ibu bapa yang hadir agar memastikan kejayaan anak murid sekolah ini di dalam bidang pelajaran.


Tuan Haji Hanafi juga turut menjayakan program bersama ibu bapa murid


Ibu bapa serta penjaga yang hadir


Murid lelaki yang turut dalam motivasi


Tekunnya murid perempuan. Di hujung sana Encik Amin juga tekun mendengar.


Pengacara majlis Puan Siti Zainah, tunduk jangan tak tunduk.


Bang Aji, kot marahpun jangan jegil sampai macam tu...


Guru Besar juga tidak ketinggalan memberi ucapan


YDP merasmikan majlis penutup


Terima kasih Tuan Haji Ustaz Hanafi...


Penyampaian Hamper dan Sijil Penyertaan


Penyampaian Sijil Penyertaan


Majlis jamuan untuk ibu bapa


Antara kaum ibu yang hadir


Apa yang dibincangkan tu... Projek lagi ke?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.