Khamis, 23 April 2009

SKB Johan Baru Bola Tampar MSSD

Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Batang Padang telah menganjurkan satu pertandingan bola tampar peringkat daerah yang diadakan pada 13 dan 14 April 2009. Pertandingan tersebut telah mempertandingkan kategori bawah 12 tahun lelaki dan bawah 12 tahun perempuan.

Pertandingan tersebut telah diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Slim Village, Slim River, Perak. Hari pertama telah mempertandingkan acara kategori lelaki.

Pada tahun ini pasukan SKB ini telah ditempatkan di dalam kumpulan B, beserta dengan pasukan dari SK Sri Tapah dan SK Aminuddin Baki, Slim River. Di pertemuan pertama,pasukan SKB telah menundukkan pasukan SK Sri Tapah dengan mata 2-0. Kemudian pertemuan kedua telah pasukan SKB menghadapi sedikit cabaran tetapi telah berjaya dengan mata 2-1. Kemenangan tersebut telah menempatkan pasukan SKB sebagai johan kumpulan B.

Pada pusingan kedua iaitu pusingan kalah mati, SKB telah ditemukan dengan pasukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa 2. Di dalam pertemuan tersebut SK telah menumpaskan pasukan SJKC Chung Hwa dengan mata 2-1.

Kemenangan tersebut telah menempatkan pasukan SKB ke pusingan separuh akhir. Di dalam pusingan separuh akhir SKB telah menewaskan SJKC Chung Hwa 1 dengan mata 2-1.

Pada pertandingan akhir pasukan lelaki SKB telah dipertemukan dengan SK Dato Nan Kaya dengan mata 2-1. Dengan kemenangan tersebut SKB telah berjaya menjadi johan daerah Batang Padang dan empat orang pemain telah dipilih mewakili daerah ke peringkat negeri.

Barisan Pemain Bola Tampar Lelaki SKB


Pada hari kedua pasukan perempuan SKB telah memulakan persaingan dengan kekalahan kepada pasukan SK Dato Nan Kaya dengan mata 1-2.

Seterusnya pada pertemuan seterusnya, pasukan SKB telah berjaya menewaskan pasukan SK Kuala Slim dengan mata 2-1.

Pada pusingan kedua, pasukan SKB telah berjaya menewaskan pasukan SK Sri Tapah dengan mata 2-1 dan seterusnya menumpaskan pasukan SK Slim River dengan mata 2-1.

Kemenangan tersebut telah melayakkan pasukan SKB ke peringkat akhir. Pertemuan peringkat akhir pasukan SKB telah menumpaskan pasukan SK Seri Besout dengan mata 2-1. Dengan kemenangan tersebut, SKB telah berjaya menjadi johan bola tampar MSSD Batang Padang bawah 12 tahun perempuan.

Pada tahun 2009, kedua-dua pasukan SK Behrang telah berjaya menjadi johan bola tampar MSSD Batang Padang bawah 12 tahun.

Barisan Pemain Bola Tampar Perempuan SKB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.