Khamis, 23 April 2009

Pasukan Bola Tampar Diraikan


21 April - Pemain-pemain bola tampar Sekolah Kebangsaan Behrang telah diraikan di dalam satu majlis di kantin sekolah. Majlis tersebut diadakan bagi meraikan kemenangan pasukan tersebut yang menjadi johan peringkat MSSD Batang Padang.

Turut serta meraikan para pemain tersebut ialah guru besar, para penolong kanan,dan guru-guru sekolah tersebut. Di dalam majlis tersebut, tuan guru besar menyampaikan sedikit ucapan yang menceritakan tentang latar belakang dan sejarah bola tampar, seterusnya beliau juga telah mengucapkan tahniah kepada pasukan bola tampar lelaki dan perempuan sekolah tersebut.

Majlis ini juga telah diserikan dengan mengalungkan pingat emas yang telah diterima semasa hari pertandingan tersebut.

Tuan guru besar juga berharap agar kecemerlangan yang dicapai akan dapat dikekalkan di masa akan datang.

Di akhir majlis yang dipengerusikan oleh setiausaha kokurikulum tersebut, telah melaungkan cogan "SK Behrang Boleh!" sebanyak 3 kali.

Para guru turut serta meraikan pasukan bola tampar

Para Pemain Bola Tampar Tekun Mendengar Amanat Guru Besar

Enam Daripada 10 Orang Pemain Bola Tampar Lelaki Sekolah.

Barisan Pemain Bola Tampar Perempuan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.