Jumaat, 26 Jun 2009

Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 6 dan SBT

26 Jun 2009 (Jumaat) - Jawatankuasa Tahun 6 dan Jawatankuasa Skim Bantuan Tuisyen (SBT) telah bekerjasama bagi mengadakan satu majlis pertemuan di antara ibu bapa dan penjaga bersama guru-guru Tahun 6.

Majlis Perjumpaan ini telah dimulakan pada pukul 9.15 pagi bertempat di Bilik Alat Pandang Dengar (APD) SK Behrang.

Berdasarkan kepada kedatangan ibu bapa dan penjaga, kira-kira 65% di kalangan mereka telah hadir untuk berinteraksi bersama guru-guru.

Majlis dimulakan dengan taklimat dari Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Abd. Jalil bin Haji Salleh mewakili Guru Besar. Antara lain majlis juga telah diberi taklimat oleh Penolong Kanan HEM Tuan Haji Saaidin bin Ardi.

Selain itu beberapa pembentangan berkaitan prestasi telah disampaikan oleh para guru yang terlibat.

Majlis diakhiri dengan jamuan ringan bagi meraikan kedatangan ibu bapa serta penjaga murid Tahun 6 dan murid SBT.

Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah PK Kokurikulum, Encik Ismail bin Johari.


Encik Abd Jalil, Tuan Haji Saaidin dan Encik Ismail, merupakan mewakili pentadbir menyampaikan taklimat


Sebagaimana kebiasaannya kaum ibu merupakan wakil keluarga yang sering hadir.


Taklimat oleh Encik Abdul Jalil, PK Pentadbiran


Tekun mendengar taklimat yang diberikan


Tumpuan yang diberikan melambangkan keprihatinan mereka.


Tuan Haji Saaidin memberikan taklimat ringkas. "3 muka yang selalu dilihat ketika mendengar ceramah iaitu muka penceramah, muka jam dan yang terakhir muka pintu"


Taklimat diberikan, apa pula yang difikirkan oleh mereka pula?


Ada yang terlalu khusyuk dan tawaduk


Antara interaksi dua hala yang berlaku


Selepas interaksi jamuan disediakan


Apa yang menarik selepas perjumpaan?


Apa gurauan yang berlaku sehingga tersenget jadinya?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.