Jumaat, 26 Jun 2009

Penyampaian Wang KWAPM

26 Jun 2009 (Jumaat) Jawatankuasa Kebajikan dan Bantuan Murid, Hal Ehwal Murid telah mengadakan majlis penyerahan wang KWAPM untuk murid-murid tahun 1.

Pada bulan Mac yang lepas pihak HEM sekolah telah menghantar 1 senarai nama yang terdiri dari 13 orang murid. 11 orang telah dipilih untuk mendapat bantu KWAPM tersebut.

Bantuan yang berbentuk 'One Off' tersebut berjumlah RM200.00 setiap murid. Seramai 9 wakil dari ibu bapa dan penjaga murid telah hadir untuk menerima bantuan tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Haji Saaidin bin Ardi, Puan Nurashida binti Ahmad dan Encik Shuhaili bin Salleh.

Majlis bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 8.45 pagi.


Sebelum menerima wang, kena isi borang dahulu.


Maklumat yang diberikan mestilah betul.


Tuan Haji Saaidin dan Puan Nurashida memeriksa dokumen-dokumen.


Taklimat diberikan oleh Tuan Haji Saaidin


Khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan.


Beberapa pengiraan untuk pembayaran berkaitan murid perlu dijelaskan.


Nak dapat duitnya sikit, tapi taklimatnya macam-macam. Biar faham dan tidaklah merungut di belakang hari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.