Rabu, 20 Mei 2009

PKSR 1 Mencabar Minda Murid SKB

Bermula 9 Mei 2009 iaitu hari Selasa sehingga 10 Mei 2009 iaitu hari Khamis, seluruh sekolah di Daerah Batang Padang mengadakan Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) bagi penggal pertama.

Ujian kali ini diadakan serentak seluruh sekolah rendah daerah Batang Padang. Murid-murid sekolah ini juga turut terlibat menjalani ujian PKSR tersebut.

Ujian PKSR 1 kali ini adalah bertujuan untuk meninjau penguasaan dan pencapaian murid-murid di dalam mata pelajaran yang telah dipelajari.

Semua guru dan kakitangan sekolah ini mendoakan kejayaan dan kecemerlangan seluruh murid di sekolah ini dalam ujian PKSR 1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.