Khamis, 21 Mei 2009

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar

21 Mei 2009 - Pasukan bola tampar SK Behrang telah mengadakan perlawanan persahabatan di antara pasukan kakitangan sekolah ini bertemu dengan pasukan dari SK Tanjong Malim. Keputusan perlawanan pasukan SK Behrang terpaksa akur dengan kehebatan pasukan dari SK Tanjong Malim.

Pada 22 Mei 2009 pula pasukan bola tampar SK Behrang telah mengadakan pertemuan bola tampar bersama pasukan bola tampar Taman Permai, Sungkai.

Selain perlawanan antara SK Tanjong Malim dan Taman Permai, pasukan import dari ladang getah Behrang Ulu juga turut beraksi. Mereka terdiri dari pekerja ladang dari Indonesia.

Berikut gambar-gambar perlawanan tersebut;


"Menung panjang Spiker SK Behrang. Beberapa pemain dari SK Behrang sedang berehat.


Pemain dari SK Tanjong Malim sedang beraksi.


Pasukan import yang bergaya dengan kasut edisi sepanjang zaman untuk bola tampar.


Penutup permainan perlawanan carca marba. "Bantai aje Yop" pesanan Abe Roy


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.