4 Mei 2009 - Jawatankuasa Kem Bina Insan untuk murid-murid tahap 2, hari ini bermesyuarat bagi memastikan program yang akan dilaksanakan pada hujung minggu ini berjalan lancar.
Mesyuarat dikendalikan oleh Tuan Haji Saaidin bin Ardi sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid merangkap pengerusi bagi program tersebut.
Kem Bina Insan ini akan diadakan pada 8 dan 9 Mei 2009 ini bersamaan hari Jumaat dan Sabtu minggu ini.
Kem akan dilaksanakan bermula jam 3.00 petang hari Jumaat dan akan berakhir pada 12.00 tengah hari pada hari Sabtunya.
Kem tersebut melibatkan semua murid-murid tahap 2 SK Behrang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.