Khamis, 23 April 2009

SKB Terima Sumbangan Yayasan Proton


Tuan Guru Besar menerima replika cek dari Pengerusi Yayasan Proton

Sekolah Kebangsaan Behrang menjadi sekolah bertuah, apabila telah dipilih oleh Yayasan Proton untuk menerima sumbangan berupa bantuan kewangan. Sumbangan tersebut adalah susulan dari kertas kerja yang telah dibentang oleh Tuan Guru Besar SK Behrang iaitu Encik Haneefa bin Sharanee berkaitan penambahbaikan prasarana sekolah dan pengajaran dan pembelajaran serta pembangunan sukan di SKB.

Sumbangan tersebut telah diadakan pada bulan Disember 2008 di dalam satu majlis rasmi. Pihak SK Behrang mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Yayasan Proton kerana sudi memberi sumbangan tersebut. Pihak SK Behrang juga berharap sumbangan yang bermula pada tahun ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.