Khamis, 23 April 2009

Taklimat Pendidikan Khas & Pemulihan 2009


Pengurusan Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas SK Behrang telah mengadakan satu perjumpaan guru-guru dan ibu bapa serta penjaga bersama Pegawai Khas Pendidikan Khas Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang iaitu Encik Amran bin Marhamdan.

Program tersebut telah diadakan di kelas pendidikan khas dan telah dihadiri oleh kira-kira 80 peratus ibu bapa dan penjaga.

Program yang dipengerusikan oleh Cikgu Shuhaili bin Salleh dimulakan dengan ucapan pengerusi dan diikuti dengan ucapan guru besar. Di dalam ucapan guru besar, beliau mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada pegawai khas pendidikan khas dan kepada seluruh ibu bapa dan penjaga murid yang hadir. Beliau juga telah menyebut beberapa perkara berkaitan peranan ibu bapa untuk pendidikan khas dan pemulihan khas.

Seterusnya majlis diteruskan oleh Encik Amran bin Marhamdan. Taklimat berlangsung selama 1 jam 30 minit tersebut turut menyelitkan beberapa perkara yang penting berkaitan kelas pendidikan khas, kelas pemulihan, peranan murid, peranan ibu bapa dan lain-lain perkara yang berkaitan. Turut dipaparkan juga kategori kanak-kanak pendidikan khas.

Majlis diakhiri dengan perjumpaan ibu bapa dan perjaga bersama guru-guru yang berkaitan.

Encik Amran bersemangat di dalam memberikan taklimat

Ibu bapa dan penjaga serta guru besar khusyuk mendengar penerangan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.