Ahad, 22 Februari 2015

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS SK BEHRANG TAHUN 2015

TARIKH : 2 FEBRUARI 2015 (ISNIN) TEMPAT : DATARAN KEJAT, SK BEHRANG MASA : 7: 30 PAGI MURID SASARAN : 54 orang a. Pengawas Sekolah : 22 orang b. Pengawas PSS : 16 orang c. Ketua Kelas : 8 orang d. Pen. Ketua Kelas : 8 orang PENYAMPAI WATIKAH : SJN/P 97171 IBHARIM BIN ABD. RAHMAN (Pegawai Perhubungan Sekolah) OBJEKTIF : Adalah diharapkan melalui watikah pelantikan yang disampaikan membolehkan murid-murid : a. bermotivasi untuk melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh bersemangat dan iltizam. b. merasakan diri dihargai untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin oleh warga sekolah dan masyarakat. c. membiasakan diri dengan situasi majlis rasmi sekolah. d. menyedari bahawa diri mereka adalah orang harapan sekolah yang akan memberi sumbangan kepada sekolah. ULASAN : Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada dua orang Pegawai Perhubungan Sekolah dari Ibu Pejabat Polis Daerah, Polis Diraja Malaysia, Tanjong Malim iaitu Sjn/P 97171 Ibharim bin Abd. Rahman dan Kpl 88899 Azman bin Awang yang telah sudi hadir dan menyampaikan watikah kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas iaitu seramai 54 orang. Kehadiran dua pegawai tersebut telah menyuntik semangat kepada murid-murid SK Behrang untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Terima kasih diucapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.