Jumaat, 6 September 2013

PROGRAM KHAS MENGATASI PONTENG SEKOLAH BERSAMA PEGAWAI PERHUBUNGAN POLIS SEKOLAH

TARIKH   :   5 SEPT. 2013 (KHAMIS) /29 SYAWAL 1434 H
MASA      :   10:00 PAGI
TEMPAT  :   PSS SK BEHRANG

MURID SASARAN : 22 orang dari kelas Tahun 1 hingga Tahun 6

OBJEKTIF : Adalah diharapkan dengan menjalankan program ini :
                     a. Pihak sekolah dapat mengenal pasti sebab atau masalah murid-murid tidak
                         dapat hadir ke sekolah dari sudut pandangan ibu/ bapa / penjaga
                         dan murid-murid sendiri.
                     b. Pihak sekolah dapat mendengar pandangan  ibu / bapa / penjaga tentang
                         sikap anak-anak semasa  berada  di rumah.
                     c. Semua pihak sama ada pihak sekolah, ibu bapa dan polis (PPS) dapat
                         bersama-sama  menangani masalah ponteng dalam kalangan murid-murid.
                     d. Memberi peluang kepada ibu bapa/ penjaga serta pihak sekolah mendengar
                         tentang peranan  polis (PPS) dalam mengatasi masalah ponteng sekolah.
                     e. Sasaran kehadiran murid melepasi tahap 94 % dalam aspek kemenjadian
                         murid berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia  (SKPM)
                         tercapai dengan berkesannya.

CATATAN :

                  Pihak sekolah amat berbesar hati dan berbangga  kerana program yang telah dijalankan mendapat sambutan dalam kalangan ibu bapa . Seramai 12 orang  daripada 18 orang ibu bapa murid-murid yang terlibat dengan masalah ponteng (kerap tidak hadir) sekolah telah dapat menghadirkan diri dalam majlis ini.  Semuanya memberi pandangan yang positif kepada pihak polis dan  sekolah dalam menangani masalah ini. .
                  Pihak sekolah juga merakamkan jutaan terima kasih  kepada dua orang pegawai polis ( Pegawai Perhubungan Sekolah) iaitu Koperal Azman bin Awang dari Balai Polis Behrang Stesen dan Koperal Mohd Rizal bin Amir dari Cawangan Latihan Sukan IPD Tanjong Malim dalam menjayakan program ini. Sesi ceramah, nasihat dan dialog yang diberi, amat berkesan di hati semua pihak. Jutaan terima kasih juga diberi atas kesanggupan dua orang pegawai ini melawat ke rumah murid di Kg. Batu 8 bagi memberi nasihat dan kaunseling kepada seorang murid atas permintaan ibu murid tersebut.
                   Semoga dengan program ini, murid-murid akan lebih rajin datang ke sekolah untuk menimba ilmu demi masa depan mereka.
                   Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Daripada,

UNIT HEM, SK Behrang


Antara ibu bapa / penjaga murid yang hadir








Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Ahmad Suhairun sedang menyampaikan ucapan


Koperal Mohd Rizal sedang menyampaikan ucapan


Sesi temubual bersama ibu bapa dan murid 





Murid-murid memohon kemaafan daripada ibu bapa


Murid-murid dinasihati oleh PPS










PPS ke rumah  murid untuk memujuk supaya hadir ke sekolah 



 Cenderahati disampaikan bagi merakamkan ucapan terima kasih 
daripada  Tuan Haji Ahmad Suhairun bin Baharudin ( Guru Besar)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.