Selasa, 9 Julai 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR


Bagi merealisasikan Program Amalan Guru Penyayang, SK Behrang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir  Fasa 1  bagi murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga Jun 2013 bertarikh  8 Julai 2013 bersamaan hari Isnin yang lalu.  Seramai 97 orang murid  dari kelas Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6 dan murid-murid Pendidikan Khas telah diraikan. Tidak dilupakan juga seramai 11 orang guru yang lahir pada tempoh bulan tersebut diraikan bersama.

            Majlis ini telah dirancang dan dikelolakan oleh Jawatankuasa Program Khas Kanak-kanak di bawah Unit HEM diketuai oleh Puan Fauziah binti Ramli. Murid-murid dan guru-guru telah dihadiahkan secawan kek dan penanda buku yang telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar iaitu Tuan Haji Ahmad Suhairun bin Baharudin sambil diiringi dengan nyanyian Lagu Selamat Hari Jadi oleh rakan-rakan yang lain serta guru-guru.

            Walaupun majlis tersebut dibuat secara ringkas, tetapi kesannya amat bermakna kepada murid-murid dan guru-guru terutama kepada mereka yang diraikan. Perasaan disayangi dan dihargai serta rasa kesyukuran dapat dipupuk melalui majlis ini. Tidak dapat dinafikan ada dalam kalangan murid-murid ini tidak pernah diraikan hari lahir mereka. Oleh itu, pengalaman ini amat bermakna buat mereka.

            …SELAMAT HARI JADI,  SELAMAT HARI JADI, SELAMAT HARI JADI SAYANG, SELAMAT HARI JADI SEMUA …









Puan Fauziah selaku penyelaras program sedang mengendalikan majlis.

Murid-murid menerima secawan kek dan penanda buku







Puan Hajah Zanariah juga turut diraikan hari lahirnya.


Tuan Guru Besar, Tuan Haji Ahmad Suhairun bin Baharudin 
juga menerima kek dan penanda buku daripada PK HEM.

""Selamat Hari Lahir Ustaz Mohd Kamal"


Ustazah kita pun diraikan. "Selamat Hari Lahir Ustazah"


Gembiranya anak-anak ini diraikan .





Wah, sedapnya kek ini! Terima kasih cikgu.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.