Isnin, 20 Disember 2010

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KALI KE-53

Sambutan Kemerdekaan Kali Ke-53 telah diadakan pada 30 Ogos 2010 bertempat di Dataran Kejat, SK Behrang. Sambutan kemerdekaan yang bertemakan “Satu Malaysia Menjana Transformasi” itu dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nik Asri Bin Ahmad Ali diikuti dengan bacaan perutusan daripada Pengarah Pelajaran Malaysia, Menteri Pelajaran Malaysia dan perutusan daripada Yang di Pertuan Agong.

Majlis diserikan dengan persembahan daripada murid-murid iaitu deklamasi sajak dan nyanyian lagu-lagu Patriotik seperti Jalur Gemilang, Tanggal 31 Ogos, Perpaduan Teras Kejayaan dan Satu Malaysia.

Pertandingan melukis poster untuk Tahap 2 dan pertandingan Mewarna untuk Tahap 1 turut diadakan. Majlis diakhiri dengan kuiz terbuka dan penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.