Satu majlis bacaan yasin dan solat hajat untuk pelajar tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini diadakan di sini pagi tadi. Majlis bacaan yasin diketuai oleh Ustaz Mohd Kamal manakala solat hajat pula dipimpin oleh Ustaz Nik Asri.
Majlis turut dihadiri oleh ibu bapa dan penjaga pelajar. Guru-guru juga turut meluangkan masa untuk turut serta dalam majlis tersebut.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Guru Besar, Tuan Hj. Ahmad Suhairun Baharudin dan Penolong Kanan Pentadbiran En. Abdul Jalil Hj. Salleh.
Semoga dengan adanya majlis sebegini mampu meningkatkan prestasi pelajar di samping dapat mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dan penjaga pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.