Hari ini 15 Jun 2009 merupakan hari permulaan sesi persekolahan bagi penggal kedua tahun 2009. Hari ini juga diadakan perhimpunan pagi yang melibatkan seluruh warga sekolah.
Melihatkan wajah-wajah murid-murid sekolah ini, kebiasaannya pelbagai reaksi yang dapat dilihat. Jika guru-guru pula? Samalah seperti reaksi wajah-wajah guru sebelum ini. Sedikit keceriaan jelas terpancar apabila semua bertemu. Sememangnya guru-guru di sekolah ini mempunyai satu keserasian dan keceriaan semasa di sekolah.
Di dalam ucapan Guru Besar di perhimpunan pagi, telah menyentuh beberapa perkara. Antaranya konsep kesyukuran yang perlu diamalkan oleh murid dan semangat belajar yang perlu disemai di dalam diri murid.
Oleh kerana cuti selama 2 minggu, maka banyak info yang tidak dapat diterima. Info yang diterima pula tidak semua.

Puan Zarimah binti Abdul Rahman
Antara info yang menggemparkan ialah anak kepada pekerja sekolah iaitu Puan Zarimah telah terlibat dalam satu kemalangan di Kampung Batu 8. Menurut Puan Zarimah sendiri, kemalangan berlaku apabila anak beliau hendak mengelak batu yang berada di tengah jalan dan seterusnya hilang kawalan motosikal. Anak beliau menerima 10 jahitan dalam mulut dan beberapa kecedaraan di muka dan sekitar anggota badan. Sekarang anak beliau telah kembali ke sekolah semula. Pihak Kelab JEMAAH telah mengadakan kutipan derma kilat sebagai sedikit sumbangan untuk membantu meringankan sedikit bebanan yang ditanggung.

Puan Azlina binti Haji Daud
Ustazah Azlina telah menerima cahaya mata yang ke 4. Sebagaimana kehendak Ustazah sendiri bahawa beliau ingin melahirkan anaknya di negeri Kelantan, maka anak ke 4 tersebut telah dilahirkan di Hospital Besar Kota Bharu. Beliau telah dikurniakan bayi perempuan tersebut pada pagi hari Jumaat bersamaan 5 Jun 2009. Tahniah dari warga SK Behrang. Pihak Kelab JEMAAH pula memohon maaf kerana tidak dapat menghantar wakil ke Kelantan bagi meraikan kurniaan yang dianugerahkan. Semoga bertemu lagi di bulan Ogos nanti.
Oleh kerana hari ini hari yang pertama, kedatangan merupakan suatu yang penting. SK Behrang menerima kedatangan yang sangat menggalakkan dari semua murid. Kedatangan tersebut merupakan satu petunjuk yang baik, di mana semua warga sekolah sedang bersemangat untuk menempuh sesi persekolahan penggal kedua 2009 ini.
Selamat Belajar dan Selamat Berjaya!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.