4 Jun 2009 - Sekolah Kebangsaan Behrang (SKB) telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Hari Guru 2009 Peringkat Daerah Batang Padang. Mesyuarat yang telah dimulakan pada pukul 9.00 pagi telah disertai oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang dan beberapa orang perwakilan dari Majlis Guru Besar dan Pengetua Daerah Batang Padang.
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh pengerusi sambutan iaitu Puan Teng Siew Bee yang merupakan pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Choong Hua, Bidor. Berdasarkan ketetapan mesyuarat yang telah dijalankan, Sambutan Hari Guru bagi Tahun 2009 ini akan diadakan pada 18 Jun 2009 bersamaan hari Isnin bertempat di Institut Ukur dan Tanah Negara (INSTUN) Behrang Ulu.
Mesyuarat juga telah bersetuju mencadangkan perasmian untuk sambutan tersebut akan disempurnakan oleh Dato Seri Mohd Zahid bin Hamidi iaitu Menteri Pertahanan Malaysia. Encik Ahmad Sayuti dan Puan Norhasyima merupakan wakil dari PPD bagi memastikan perlaksanaan mesyuarat berjalan dengan lancar.
.jpg)
Melihat deretan kereta yang bersusun di musim cuti, menunjukkan sesuatu berlaku di sekolah.
.jpg)
Mesyuarat Hari Guru Peringkat Daerah sedang berlangsung.
.jpg)
Bermacam perkara yang dibincangkan.
.jpg)
Encik Haneefa, Guru Besar SKB turut serta, bersebelahan dengan pengerusi MGB Perak Tuan Haji Arshad bin Mohamad.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.