Isnin, 18 Mei 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009

Glitter Words


18 Mei 2009 - Jawatankuasa (JK) Sambutan Hari Guru bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Sambutan Hari Guru tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana sambutan tahun ini turut dikendalikan oleh PIBG.

Bermula awal pagi lagi JK PIBG beserta Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua telah menyambut kedatangan guru-guru dengan bunga telur di ruang pintu pagar sekolah sambil mengucapkan "Selamat Hari Guru".

Sebagaimana kebiasaan perhimpunan pagi sempena Hari Guru telah diadakan. Ucapan YDP PIBG menjadi ucapan ulung diikuti dengan pembacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Menteri Pelajaran Malaysia



Majlis juga telah kejutkan dengan kehadiran wakil dari Bank Rakyat Tanjong Malim yang menyampaikan Kek Hari Guru. Majlis seterusnya telah diserikan dengan pemberian hadiah oleh murid-murid sekolah kepada guru-guru.

Hari Guru kali ini Tuan Guru Besar telah menyampaikan anugerah Panitia terbaik 2008, Guru Penyayang serta perkhidmatan kakitangan lebih 5 tahun. Untuk tahun 2008, panitia Bahasa Melayu telah terpilih sebagai panitia terbaik. Guru penyayang pula telah dianugerahkan kepada Tuan Haji Saaidin dan Puan Siti Zainah.

Acara sukaneka dan perlawanan persahabatan antara guru dan murid serta kakitangan sekolah juga telah memeriahkan lagi majlis. Acara kemuncak diserikan dengan persembahan murid dan persembahan dari PK1, PK HEM dan Guru Besar.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.




Persembahan dari murid Tahun 3 Arif



Persembahan murid tahun 5 Arif



Persembahan murid tahun 6



Persembahan sajak dari PK1, Encik Abd Jalil


Glitter Words


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.