Isnin, 27 April 2009

Ujian Topikal 2 Bermula

Bermula 27 April 2009 sehingga 30 April 2009, pihak pengurusan peperiksaan dan penilaian SK Behrang telah mengadakan sesi ujian topikal untuk kali ke 2 bagi tahun 2009.

Seperti ujian sebelumnya, kali ini juga kesemua mata pelajaran teras diwajibkan diadakan penilaian. Antara mata pelajaran yang terlibat ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

Ujian topikal diadakan bagi menilai tahap penguasaan murid-murid di dalam mata pelajaran tersebut berdasarkan kepada tajuk-tajuk yang telah dipelajari pada tahun ini.

Pihak peperiksaan dan penilaian mensasarkan peratusan pencapaian berdasarkan kualiti dan kuantiti yang telah ditetapkan oleh pihak panitia mata pelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.