Isnin, 20 Disember 2010

MAJLIS PENYERAHAN DUIT RAYA ANAK YATIM & SALAM RAYA MURID BERSAMA GURU SK BEHRANG

Majlis Penyerahan Duit Raya Anak Yatim & Salam Raya Murid Bersama Guru SK Behrang diadakan pada 03 September 2010 bertempat di Kantin Sekolah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nik Asri Bin Ahmad Ali diikuti dengan tazkirah ringkas sempena bulan Ramadhan. Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar dan pemberian hadiah kepada murid tadarus dan Pertandingan Khat.

Majlis diakhiri dengan penyerahan duit raya kepada anak-anak yatim dan salam raya murid bersama guru SK Behrang. Majlis sebegini wajar diteruskan setiap tahun bagi memperingati anak-anak yatim disamping dapat mengeratkan silaturrahim di antara guru-guru dan murid-murid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.