Isnin, 26 Julai 2010

Bengkel ICT 2010

Pelajar masa kini perlu menyediakan diri dengan ilmu ICT untuk mengharungi dunia globalisasi masa kini. Penolong Kanan Pentadbiran SK Behrang, En. Abdul Jalil Salleh berkata lmu berkenaan ICT ini penting dalam menghadapi arus globalisasi masa kini. Oleh itu, gunakanlah ilmu tersebut dengan sebaiknya dan janganlah menyalahgunakannya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel ICT 2010 yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Behrang (SK behrang) pada 24 Julai yang lalu. Seramai 47 peserta telah menghadiri bengkel tersebut yang terdiri daripada 37 orang murid dari SK Behrang dan 10 orang murid dari SK Balun dan SK Ulu Slim.

Bengkel yang bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang ini dikendalikan oleh Fasilitator-fasilitator Batang Padang yang dilantik oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Melalui bengkel tersebut, murid-murid diberi pendedahan mengenai komponen-komponen komputer dan juga diajar cara-cara membuat movie menggunakan Movie Maker.

Bengkel diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan ICT kepada murid-murid yang terlibat. Selain itu, bengkel juga diadakan bagi menyuntik minat dan semangat di kalangan murid-murid untuk mencintai ICT dan menggalakkan mereka menerokai dunia IT dengan lebih meluas lagi. Turut hadir, Guru ICT SK Behrang, Pn. Nurashida bt Ahmad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.