Jumaat, 15 Mei 2009

Latihan Kawad Kebakaran


15 Mei 2009 - Pihak sekolah di bawah unit Hal Ehwal Murid telah mengadakan latihan kawad kebakaran. Latihan kali ini diadakan dengan kerjasama Pasukan Bomba dari Slim River.

Program yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari murid-murid sekolah ini telah diisi dengan pelbagai acara antaranya latihan mengosongan bangunan, latihan menggunakan alat pemadam api, serta ceramah tentang pencegahan kebakaran dan tindakan keselamatan oleh pegawai pasukan bomba.

Gambar-gambar berkaitan program yang dijalankan;


Murid dan kakitangan SKB berkumpul selepas bunyi loceng panjang


Guru kelas memeriksaan murid


Peristiwa menyayat hati - Seorang murid pra sekolah gementar bila mendengar siren bomba


Tanda apa tu Kak Shida? Oh, semua selamat.


Orang kuat SK Behrang Tn Hj Saaidin memberi ucapan aluan, Blog Master kat belakang baru biru air.


Pegawai Bomba memberi taklimat dan mengumumkan masa untuk pengongsian bangunan.


Gaya dan senyum mancho dari blog master.


Guru-guru lelaki menyelamatkan diri dari panas matahari.


Tuan guru besar gagah dalam keadaan senang diri.


Murid-murid mendengar taklimat PK HEM sambil memerhati ahli bomba


Taklimat keselamatan dan cara menggunakan pemadam api


Kontrol, kontrol mancho ke bang?


Abang bomba dah sedia menyalakan apa. Siapa nak mula padamkan?


Kuganeswaran murid pertama memulakan percubaan memadam api.


Adik Aizal wakil dari Tahun 5 Arif.


Wakil dari Tahun 4 Arif, Wow api besar tu...


Wakil guru iaitu Puan Asmayati

Selepas penerangan dan taklimat, pameran kenderaan bomba diadakan, murid-murid semua tak melepaskan peluang. Lihat gambar dibawah.


Keliling kereta bomba dirondanya.


Syazwan seronok ke tengok kereta bomba ni?


Kehairanan ke dik...


Atas bumbungpun dinaiknya.


Sana panjat sini panjat, jangan terbalik cukup.


Jangan berebut ye...


Ahli bomba mana ni?


Selesai melayani karenah murid-murid, penat sungguh pasukan bomba ni. Kita makan dulu.


Selesai makan ceramah keselamatan pula. Kena dera ke bang?


Khusyuk murid-murid mendengar ceramah


Murid lelaki apa cerita?


Tepukan gemuruh oleh pelajar untuk pasukan bomba


Tuan guru besar menyampaikan sijil penghargaan.


Hamperpun dapat...

Terima kasih daun keladi,
Moga-moga lain kali berkesudian lagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.